Pada tahun 2002 USTAZ MOHAMAD JAMIL telah menumpukan aktivitinya dalam perniagaan dan terpaksa meninggalkan pengurusan tadika kepada HAJI SUKAIMI BIN RASMI bagi meneruskan usaha membangunkan masyarakat khususnya kanak-kanak tadika. Dengan pengurusan yang baru dan hasrat yang sangat besar TADIKA ISLAM AL-HUSNA terus berkembang dan berubah wajah. Atas sokongan padu pentadbir baru telah memperbaiki sistem pendidikan dan prasarananya. Kini tadika memiliki bangunan yang serba lengkap;
- DUA BUAH BILIK PENGAJARAN YANG LENGKAP DENGAN KERUSI DAN MEJA BELAJAR.
- DEWAN MAKAN YANG DILENGKAPI DENGAN KERUSI DAN MEJA MAKAN.
- PEJABAT PENGURUSAN YANG DILENGKAPI DENGAN KOMPUTER.
- DAPUR SAJIAN YANG DILENGKAPI DENGAN PERALATAN MEMASAK DAN PETI SEJUK.
- STOR UNTUK PENYIMPANAN BAHAN MENGAJAR DAN BAHAN STOK.
- DUA BUAH PONDOK PERMAINAN KANAK-KANAK.
- TELEVISYEN BERSAIZ BESAR DI DEWAN MAKAN.
- ALAT PEMAIN VIDEO CAKERA UNTUK TAYANGAN BAHAN PENDIDIKAN.
- ALAT OHP UNTUK BANTUAN MENGAJAR.
- KAUNTER URUSAN UNTUK KEMUDAHAN IBU BAPA BERURUSAN.
Sistem pengajarannya juga berubah kepada penggunaan buku kerja yang direka bentuk oleh pengurusan tadika sendiri berpandukan kepada buku semasa. Ini memberikan kesan yang baik kerana dapat meningkatkan penguasaan kanak-kanak dalam penulisan dan pembacaan.
Hari ini pelajar TADIKA ISLAM AL-HUSNA yang meliputi kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun melebihi 50 orang. Lebih 400 orang pelajar telah mengikuti sesi pendidikan sejak ditubuhkan. para pelajar kumpulan pertama hari ini telah berada di kolej-kolej matrikulasi bagi persediaan untuk masuk ke universiti.